Kidsventure Live Webinar 25 (Pelan Perniagaan Mini 1) – Sesi Sept 2026

7 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2026, hari Ahad, seorang peserta kanak-kanak dari komuniti setempat telah menyertai program NADI Kidsventure 2026 di NADI Bengoh pada jam 2:15 petang. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu berkaitan asas perniagaan secara santai dan interaktif.

Peserta turut menonton video pembelajaran bertajuk “Jom Bina Bisnes! – Dari Idea Ke Peluang” yang membimbing peserta memahami bagaimana idea boleh dikembangkan menjadi peluang perniagaan yang berpotensi.

Selain itu, rakaman Webinar Kidsventure – Pelan Perniagaan Mini 1 turut disediakan untuk tontonan sepanjang bulan September. Rakaman ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan strategi asas dalam memperkukuh pelan perniagaan.

Penyertaan ini diharap dapat meningkatkan minat serta pengetahuan peserta dalam bidang keusahawanan sejak usia muda, di samping menggalakkan mereka untuk meneroka idea kreatif yang boleh dikembangkan menjadi peluang perniagaan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali