Nadi X Mahir – Kelas Mahir Masak Minggu – 12 (Sesi 1)
29 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2026, hari Isnin, seorang peserta telah menyertai Kelas NADI Mahir Masak Minggu 12 (Sesi 3) bertempat di NADI Bengoh dari jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas kali ini memberi tumpuan kepada topik Penyediaan Puff Pastry, yang bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan pastri yang berkualiti.
Sepanjang sesi, peserta mengikuti amali pembuatan puff pastry dengan mempelajari kaedah penyediaan doh, teknik melipat dan melapis doh, serta proses penyediaan pastri untuk menghasilkan tekstur yang berlapis, ringan dan rangup.
Selain itu, peserta turut diberikan penerangan berkaitan SOP keselamatan bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan serta pengendalian bahan dan peralatan dapur diberi perhatian sepanjang aktiviti amali. Sesi class break turut dilaksanakan sebelum peserta meneruskan pembelajaran seterusnya.
Program diteruskan dengan pengenalan kepada Kelas Minggu 14 sebagai persediaan kepada peserta untuk sesi pembelajaran akan datang. Penyertaan dalam Kelas NADI Mahir Masak ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran kulinari serta mengembangkan pengetahuan yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian atau sebagai peluang menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: