WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Pelvic Floor: Kencing Terlepas Bila Batuk, Ketawa atau Bersin — Normal Ke? | W167
28 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Julai 2026 (Selasa), seorang peserta wanita telah menyertai Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bertajuk “Pelvic Floor: Kencing Terlepas Bila Batuk, Ketawa atau Bersin — Normal Ke?” secara dalam talian dari NADI Bengoh. Webinar yang berlangsung pada jam 10.30 pagi ini disampaikan oleh Dr. Rima Anggrena binti Dasrilsyah, Pensyarah dan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Sepanjang sesi, peserta diberikan pendedahan mengenai fungsi otot lantai pelvis (pelvic floor) serta kepentingannya dalam menyokong organ dalaman dan mengawal pundi kencing. Penceramah turut menjelaskan bahawa masalah terkencing ketika batuk, ketawa, bersin atau melakukan aktiviti fizikal bukanlah sesuatu yang wajar dianggap normal walaupun ia sering berlaku, sebaliknya memerlukan perhatian dan pemeriksaan sekiranya berlarutan.
Selain itu, webinar ini turut membincangkan tanda-tanda yang memerlukan pemeriksaan doktor serta kaedah melakukan senaman lantai pelvis dengan teknik yang betul bagi membantu menguatkan otot tersebut. Perkongsian yang disampaikan secara jelas dan praktikal telah meningkatkan kefahaman peserta tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan diri serta kepentingan mendapatkan rawatan awal apabila mengalami simptom berkaitan.
NADI Bengoh mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam program kesihatan seperti ini yang mampu meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan wanita dan kesejahteraan kendiri. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menggalakkan masyarakat untuk lebih peka terhadap penjagaan kesihatan bagi meningkatkan kualiti hidup.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: