NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma di NADI Bengoh Minggu Keempat Julai 2026

27 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2026 (Isnin), seramai dua orang peserta lelaki daripada komuniti setempat telah hadir ke NADI Bengoh bagi menyertai Program Saringan Kesihatan Percuma: MenWELL di bawah Perkhidmatan Pintar NADI WellBeing yang bermula pada jam 11.30 pagi.

Program ini bertujuan membantu masyarakat setempat memantau tahap kesihatan secara berkala di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Antara pemeriksaan yang disediakan ialah pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah serta bacaan indeks kesihatan asas.

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan sambutan yang menggalakkan dan menyatakan penghargaan terhadap inisiatif yang dilaksanakan. Mereka berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai penduduk setempat berpeluang memanfaatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan. NADI Bengoh akan terus komited dalam memperkasakan kesejahteraan komuniti melalui pelaksanaan pelbagai program dan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali