NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma di NADI Bengoh Minggu Keempat Mei 2026
25 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2026, hari Ahad – Seramai dua orang peserta daripada komuniti tempatan telah hadir ke NADI Bengoh bagi menjalani saringan kesihatan percuma di bawah Perkhidmatan Pintar NADI WellBeing pada jam 11:30 pagi.
Program saringan kesihatan ini diadakan bagi membantu komuniti setempat memantau tahap kesihatan mereka secara berkala serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan diri. Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk pemeriksaan tekanan darah, kadar gula dalam darah serta bacaan indeks kesihatan asas.
Para peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap inisiatif ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk sekitar. NADI Bengoh akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: