WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - KERAP SAKIT BELAKANG LEHER (S124)
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2026, iaitu hari Rabu, NADI Bengoh telah menyertai satu sesi pembelajaran bertajuk Kerap Sakit Belakang Leher (S124) yang berlangsung secara dalam talian melalui platform YouTube, Saluran Studio Sihat. Program ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Bengoh pada jam 10.00 pagi.
Sesi ini memberi pendedahan mengenai punca utama sakit tengkuk dan masalah leher yang sering dialami oleh masyarakat. Peserta turut diberi penjelasan bahawa tabiat harian seperti posisi tidur yang tidak betul, penggunaan peranti secara berlebihan, serta postur badan yang salah boleh menjadi faktor utama kepada kerosakan tulang belakang secara berperingkat.
Selain itu, program ini turut menekankan kepentingan menjaga kesihatan leher bagi mengelakkan simptom yang lebih serius seperti kebas tangan dan sakit kronik. Peserta juga didorong untuk lebih peka terhadap amalan harian yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan tulang belakang.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan kesedaran peserta mengenai penjagaan kesihatan leher dan kepentingan mencegah masalah sebelum menjadi lebih serius.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: