Kelas Nadi X Mahir : Mahir Short Learning Series (Sls) Mei (Q2 2026) - Mahir Masak Edisi Aidiladha
22 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei 2026 (Khamis), NADI Bengoh telah mengadakan program Mahir Short Learning Series (SLS) Mei (Q2 2026) bertajuk Mahir Masak Edisi Aidiladha yang disiarkan secara langsung melalui YouTube Studio NADI Mahir. Program ini telah disertai oleh dua orang peserta daripada komuniti tempatan di NADI Bengoh.
Sesi khas ini menampilkan Chef Florence Tan bersama Cikgu Ros yang berkongsi cara penyediaan dua hidangan istimewa sempena sambutan Aidiladha iaitu Daging Masak Ros dan Kuih Bongkong. Program berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Melalui program ini, para peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan masakan tradisional yang menarik serta menambah pengetahuan dalam bidang masakan secara interaktif bersama chef terkenal. Selain itu, program ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk mencuba resipi yang sesuai dijadikan hidangan istimewa bersama keluarga ketika musim perayaan Aidiladha.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: