WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Obesiti dan Nutrisi Kanak-Kanak : Memahari punca dan peranan keluarga serta persekitaran (W148)

20 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2026, Selasa – Seorang peserta daripada komuniti tempatan telah menghadiri webinar kesihatan anjuran NADI Bengoh yang berlangsung secara dalam talian pada Selasa, jam 10:30 pagi menerusi platform Google Meet serta siaran langsung di YouTube dan Facebook.

Webinar bertajuk “Obesiti dan Nutrisi Kanak-Kanak: Memahami Punca dan Peranan Keluarga serta Persekitaran” itu disampaikan oleh Dr Lau Chiew Yee, seorang Pakar Perubatan Kanak-Kanak dari Klinik Pakar USIM dan Hospital Ampang serta pensyarah di USIM.

Program ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai isu obesiti kanak-kanak yang semakin membimbangkan. Menurut perkongsian dalam webinar tersebut, obesiti kanak-kanak bukan sekadar berpunca daripada tabiat makan berlebihan, malah turut dipengaruhi oleh rutin keluarga, pilihan makanan, gaya hidup serta persekitaran harian.

Peserta yang mengikuti webinar ini turut didedahkan dengan kepentingan peranan ibu bapa dan keluarga dalam membentuk tabiat pemakanan sihat sejak usia awal. Selain itu, perkongsian yang disampaikan juga membantu masyarakat memahami langkah-langkah pencegahan obesiti melalui amalan gaya hidup yang lebih aktif dan seimbang.
Program kesihatan seperti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran komuniti tentang pentingnya penjagaan kesihatan kanak-kanak demi melahirkan generasi yang lebih sihat pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali