Kelas Nadi X Mahir – Mahir Jahit Minggu 19
20 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 19 Mei 2026 – NADI Bengoh telah menganjurkan Kelas Mahir Jahit Minggu Ke-19 yang berlangsung pada hari Selasa bermula jam 3:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas tersebut telah disertai oleh dua orang peserta daripada komuniti tempatan yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang jahitan dan kemahiran fabrik.
Bagi minggu ini, tajuk pembelajaran yang diketengahkan ialah “Gunting Fabrik Kurta”, di mana para peserta didedahkan dengan teknik asas dan kaedah yang betul dalam mengukur serta menggunting fabrik bagi menghasilkan pakaian kurta yang kemas dan teratur. Peserta turut diberi tunjuk ajar mengenai penggunaan alatan jahitan dengan lebih selamat dan efektif.
Program seperti ini bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran praktikal peserta dalam bidang jahitan, malah turut memberi peluang kepada komuniti setempat untuk mempelajari kemahiran baharu yang berpotensi menjana pendapatan pada masa hadapan. NADI Bengoh berharap lebih ramai komuniti akan menyertai kelas-kelas kemahiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: