WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Rokok Ganggu Hormon Lelaki - Fakta Yang Ramai Tak Sedar (S131)

19 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2026, Isnin – Seorang peserta lelaki telah menyertai sesi Short Tip anjuran Studio Sihat bertajuk “Rokok Ganggu Hormon Lelaki – Fakta Yang Ramai Tak Sedar | S131” yang diadakan di NADI Bengoh pada pukul 11:20 pagi.

Sesi perkongsian tersebut memberi pendedahan mengenai kesan rokok dan vape terhadap kesihatan lelaki, khususnya melibatkan hormon, saluran darah, stamina serta kesuburan lelaki. Peserta turut didedahkan tentang bahaya nikotin dan bahan toksik yang boleh meningkatkan risiko masalah fungsi seksual seperti disfungsi erektil.
Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya menjaga gaya hidup sihat dan menjauhi tabiat merokok demi kesihatan jangka panjang.

Pihak penganjur berharap perkongsian ringkas seperti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam memahami kesan buruk rokok dan vape terhadap kesihatan lelaki serta menggalakkan amalan hidup yang lebih sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali