Program Tiny Techies: Python In Animation Siri 2
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniNADI Bengoh telah mengadakan program Tiny Techies: Python in Animation Siri 2 secara atas talian pada 16 Mei 2026 (Sabtu), dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini telah disertai oleh seramai tiga orang pelajar sekolah menengah dari komuniti setempat.
Program ini bertujuan memperkenalkan asas pengaturcaraan Python dalam penghasilan animasi digital kepada para peserta. Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan kemahiran asas pengekodan serta cara menghasilkan animasi mudah melalui pembelajaran interaktif secara dalam talian.
Melalui program ini, para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan minat dalam bidang teknologi, pengaturcaraan serta kreativiti digital selaras dengan perkembangan era digital masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: