WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Tidur 4 Jam Je, Okay Ke?: Kurang Tidur & Risiko Penyakit Kronik | W180
16 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2026, hari Selasa, NADI Bengoh telah menyertai Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri bertajuk “Tidur 4 Jam Je, Okay Ke? Kurang Tidur & Risiko Penyakit Kronik” yang berlangsung pada jam 10.30 pagi secara dalam talian. Program ini telah disertai oleh seorang peserta di NADI Bengoh.
Webinar yang disampaikan oleh Dr Shahira binti Ghulam Akbar Hussain, Pegawai Perubatan MRIC Healthcare, memberi pendedahan mengenai kepentingan mendapatkan tidur yang mencukupi serta kesan kekurangan tidur terhadap kesihatan tubuh badan. Perkongsian turut menyentuh kaitan antara tabiat tidur yang tidak mencukupi secara berterusan dengan risiko penyakit kronik.
Penyertaan dalam webinar ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta bahawa tidur bukan sekadar waktu untuk berehat, malah merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan kesihatan. Peserta turut mendapat pengetahuan mengenai keperluan tidur yang sesuai serta kepentingan menjaga kualiti tidur demi kesejahteraan diri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: