Webinar Nadi X Cybersecurity: Qr Scam, Fake Banking Apps Apk Malware Yang Sedang Viral: Sesi Sept 2026
11 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2026, Khamis – seorang peserta telah menyertai Webinar NADI x Cybersecurity Lifelong Learning bertajuk “QR Scam, Fake Banking Apps, APK Malware yang Sedang Viral” yang berlangsung secara dalam talian dari jam 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman keselamatan siber yang semakin berleluasa, khususnya penipuan melalui kod QR, aplikasi perbankan palsu serta fail APK yang mengandungi perisian hasad (malware).
Perkongsian yang disampaikan turut membantu peserta mengenal pasti risiko dan modus operandi penipuan digital yang boleh menjejaskan keselamatan maklumat serta kewangan pengguna. Pengetahuan ini penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan aplikasi dan perkhidmatan dalam talian.
Secara keseluruhannya, penyertaan dalam webinar ini diharap dapat meningkatkan tahap kesedaran dan literasi keselamatan siber dalam kalangan komuniti NADI Bengoh. Peserta juga dapat mengamalkan langkah keselamatan yang lebih berwaspada bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: