KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 7

1 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 30 September 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.

Kelas minggu keenam ini memberi pengenalan mengenai Keperluan Baja: Kenapa, Faedah, & Ketepatan. Turut dikongsikan kepentingan baja, jenis baja, sukatan baja dan isu baja. Pengajar juga turut menerangkan tentang apa itu Nutrien Makro. Bentuk atau jenis baja fertigasi di pasaran. Langkah-langkah penyediaan baja A dan baja B turut dikongsikan kepada peserta untuk kelas minggu ketujuh ini.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali