KELAS NADI X MAHIR - MAHIR MASAK MINGGU 10
25 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu, 24 September 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Masak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.
Dalam kelas minggu kesepuluh ini, topik yang dikongsikan adalah mengenai cara pembuatan tiga jenis pizza. Dalam menu kali ini, para peserta dikongsikan dengan bahan-bahan toping pizza. Tenaga pengajar mahir masak juga mengajar mengenai pemanasan oven dalam suhu 190 Celsius selama 10 hingga 15 minit sebelum pembakaran.
Pengenalan tentang topik minggu kesebelas turut dijelaskan secara ringkas kepada peserta, iaitu resepi “Red Velvet Soft Cookies”, agar peserta dapat menyediakan bahan yang diperlukan untuk kelas seterusnya.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: