PROGRAM KHAS SEMPENA HARI MERDEKA DAN HARI KEBANGSAAN 2025 BERSAMA NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025, hari Ahad, NADI Bengoh telah menyertai Program Khas Sempena Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan 2025 bersama NADI. Program ini telah disertai oleh komuniti tempatan terutamanya kanak-kanak tempatan.
Objektif Program ini diadakan adalah;
- YB Menteri Komunikasi telah mencadangkan agar pusat NADI turut menyertai sambutan ini dengan aktiviti khas bersama komuniti.
- Mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat.
- Menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.
Bagi memeriahkan suasana, pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan seperti pertandingan mewarna dan senam aerobik. Turut dikongsikan bersama dengan peserta muda kita adalah mengenai Kempen Internet Selamat mengenai bahaya dalam internet dan siberbuli.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: