KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 10
30 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 28 Oktober 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu kesembilan ini memberi pengenalan mengenai TEKNOLOGI LEPAS TUAI DAN PEMBUNGKUSAN. Dalam topik kali ini, peserta didedahkan dengan tuaian dan pembungkusan. Difahamkan, buah-buahan yang dituai terlalu awal mungkin kurang rasa atau tidak masak. Malahan, jika dituai terlalu lewat, buah akan kehilangan serat. Antara teknologi selepas tuaian adalah Pra-penyejukan, lambakan, pra-pengisihan, dan memastikan buah-buahan dicuci dengan bersih untuk membuang segala kotoran, racun dan bahan cemar. Rawatan selepas tuaian juga penting untuk memastikan buah-buahan kekal segar. Turut dijelaskan adalah jenis-jenis kecederaan lepas tuaian iaitu, kecederaan sejuk, kecederaan pembekuan, kecederaan haba dan pengeringan.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: