NADI X KESEDARAN - TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI

16 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 15 Oktober 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program NADI X KESEDARAN, dibawah program NADI SAFE & SHIELD, Taklimat Lindungi Data Peribadi.

Taklimat NADI SAFE: LINDUNGI DATA PERIBADI telah berlangsung selama 1 jam, bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang yang telah disertai oleh dua orang murid dari SK Taba sait. Di hujung taklimat ini, kuiz turut disediakan untuk menguji pemahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari.

Daripada taklimat ini, kami berharap agar para peserta mendapat ilmu pengetahuan baru tentang dunia siber dan bahayanya yang boleh mengundang pelbagai jenayah siber yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali