NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma di NADI Bengoh
9 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2025, iaitu pada hari Rabu, lima orang penduduk tempatan telah hadir ke NADI Bengoh untuk menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan kepada komuniti setempat.
Objektif utama program Saringan Kesihatan Percuma ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Melalui inisiatif ini, NADI di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat yang memerlukan.
Sokongan dan penyertaan aktif daripada komuniti setempat amat penting bagi memastikan kejayaan inisiatif kesihatan ini. Diharapkan usaha berterusan ini dapat membantu komuniti kekal sihat, sejahtera dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: