NADI Kesejahteraan Kendiri - Saringan Kesihatan Percuma di NADI Bengoh

8 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2025, iaitu pada hari Selasa, dua orang penduduk tempatan telah hadir ke NADI Bengoh untuk menjalani saringan kesihatan percuma yang disediakan kepada komuniti setempat.

Objektif utama program NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri. Melalui inisiatif ini, NADI di seluruh Malaysia menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan percuma kepada komuniti setempat yang memerlukan.

Selain itu, turut dikongsikan kepada peserta pada hari tersebut ialah maklumat mengenai Pelaksanaan Pintar, termasuk Kelas Mahir yang ditawarkan secara percuma kepada semua penduduk setempat dengan kemudahan peralatan yang disediakan di pusat NADI.

Sokongan dan penyertaan aktif daripada komuniti setempat amat penting bagi memastikan kejayaan inisiatif kesihatan ini. Diharapkan usaha berterusan ini dapat membantu komuniti kekal sihat, sejahtera dan berdaya tahan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali