WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Hamil & Tekanan Darah Tinggi: Apa Ibu Patut Buat Sebelum Terlambat? | W087
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Webinar ini memberi pendedahan penting mengenai risiko tekanan darah tinggi semasa kehamilan, yang boleh mendatangkan kesan serius kepada ibu dan bayi sekiranya tidak dirawat lebih awal. Ramai ibu mengandung tidak menyedari tanda-tandanya, sehingga boleh menyebabkan komplikasi berbahaya.
Antara topik utama yang dibincangkan ialah:
- Punca berlakunya tekanan darah tinggi semasa hamil
- Tanda-tanda awal yang perlu diketahui oleh ibu dan keluarga
- Kaedah kawalan dan rawatan yang selamat
- Peranan pasangan dan ahli keluarga dalam menyokong ibu hamil
Sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Nurul Nazihah binti Asmuni, Medical Lecturer & Specialist, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai pentingnya penjagaan kesihatan ibu hamil. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: