WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi Oktober

8 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Maxis eKelas Usahawan yang dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan kecil mengenai strategi pemasaran digital serta penciptaan kandungan yang berkesan.

Webinar ini dibahagikan kepada dua sesi mengikut modul yang disediakan, seperti berikut;
Modul 1: Strategi Pemasaran Digital
Sesi ini telah berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ia memberi penerangan tentang strategi pemasaran digital daripada perspektif pakar industri. Peserta turut diperkenalkan dengan pelbagai platform media sosial yang sesuai digunakan bagi tujuan pemasaran seperti Facebook, TikTok Shop, Instagram dan WhatsApp.
Modul 2: Asas Komunikasi Visual.
Sesi kedua telah diadakan dari pukul 2.00 petang hingga 3.00 petang. Modul ini memberi panduan kepada peserta tentang cara menghasilkan kandungan yang strategik dan menarik dengan bimbingan daripada pakar. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah ilmu serta memperkukuh kemahiran dalam bidang pemasaran digital.

Selain itu, setiap peserta turut menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan dan galakan untuk terus menyertai program pembangunan keusahawanan pada masa akan datang.

Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberi manfaat kepada peserta serta membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka dalam bidang pemasaran digital dan penciptaan kandungan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali