KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 12

19 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa, 18 November 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.

Kelas minggu kesembilan ini memberi pengenalan mengenai PENULISAN CADANGAN PROJEK TANAMAN PERTANIAN PINTAR. Dalam topik kali ini, peserta didedahkan dengan bagaimana mengubah idea pertanian pintar menjadi satu dokumen yang boleh menyakinkan pelabur, bank atau pemberi geran. Tujuan utama penulisan cadangan ini adalah untuk membantu para petani mendapatkan dana, kelulusan, rakan kongsi dan lain-lain. Turut di kongsikan juga adalah 7 elemen teras proposal yang melibatkan ringkasan, pengenalan dan penyataan masalah-masalah, solusi dan objektif.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali