WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Batuk Tak Habis-Habis Boleh Jadi COPD! SELAMAT HARI COPD SEDUNIA (S079)
18 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2025, iaitu pada hari Isnin, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Webinar ini memberi pendedahan bahawa jika batuk tak habis-habis? Ramai ingatkan hanya selesema biasa, tapi rupa-rupanya boleh jadi tanda COPD — penyakit paru-paru yang ramai tak sedar mereka ada.
Sempena Hari COPD Sedunia, Studio sihat berkongsi sebuah video pendek tentang apa itu COPD dan macam mana nak kesan awal sebelum terlambat. Sesi ini sesuai untuk semua — tak kisah anda pesakit, penjaga, atau sekadar nak jaga kesihatan diri dan keluarga.
Diharapkan penyertaan dalam video pendek ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu dan semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: