Kelas Mahir Masak Minggu Ke-4

13 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2025 iaitu pada hari Ahad, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai kelas Mahir Masak yang diadakan selama satu jam bermula 2:30 petang sehingga 3:30 petang. Kelas tersebut dijalankan di atas talian melalui aplikasi Google-Meet dimana peserta digalakkan untuk datang ke NADI bagi menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI secara percuma.

Objektif kelas tersebut dijalankan adalah untuk mengajar para peserta beberapa demonstrasi masak pelbagai kenis resepi yang berbeza setiap minggu. NADI juga turut dilengkapkan dengan beberapa kelengkapan memasak seperti cerek elektrik, dapur elektrik, ketuhar oven dan sebagainya untuk memudahkan para peserta agar tidak membawa perkakas sendiri dari rumah.

Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali