KELAS NADI X MAHIR - MAHIR MASAK MINGGU 3
7 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Rabu, 6 Ogos 2025, dua orang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Masak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.
Dalam kelas minggu ketiga ini, topik yang dikongsikan adalah mengenai peralatan resepi membuat minuman Mocktail. Dalam menu kali ini, para peserta dikongsikan dengan sejarah minuman iaitu sebuah minuman tanpa alchohol tetapi hanya campuran buah-buahan dan air soda. Turut dikongsikan adalah peralatan asas dalam pembuatan air ini serta dua resepi yang mudah untuk pemula.
Pengenalan tentang topik minggu keempat turut dijelaskan secara ringkas kepada peserta agar peserta dapat menyediakan bahan yang diperlukan untuk kelas seterusnya.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: