WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Reaksi Pantas, Nyawa Selamat – Cara Tangani Serangan Jantung di Luar Hospital | W069
30 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 29 Julai 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta dari NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri. Penceramah Webinar ini adalah Dr. Mohd Hatif bin Kamail, Pakar Kecemasan & Trauma dari Hospital Umum Sarawak, Kuching.
Bila jantung tiba-tiba berhenti, setiap minit sangat berharga. Tapi ramai rakyat Malaysia tak tahu apa nak buat sebelum ambulans tiba! Penceramah
Dalam webinar ini, kita akan bincang:
✅ Beza serangan jantung dan cardiac arrest
✅ Apa patut buat SEGERA jika ada yang rebah depan mata
✅ Kenapa CPR dan AED penting dan boleh selamatkan nyawa
✅ Peranan masyarakat dalam menangani kecemasan jantung
Webinar ini disediakan secara atas talian melalui google meet. Peserta juga boleh menonton secara live di Youtube live, saluran Studio Sihat dan Facebook live: NADI Malaysia. Melalui webinar ini, kita dapat pelajari cara untuk tangani serangan jantung melalui pertolongan kecemasan, CPR (Cardiopulmonary resuscitation).
Kami berharap agar peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri untuk kegunaan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: