Kelas Nadi X Mahir - Pertanian Pintar Minggu 2
30 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 29 Julai 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu kedua ini memberi pengenalan mengenai Pertanian Konvesional dan Sejarah Tanaman tanpa Tanah. Selain itu, pengajar juga menghuraikan tentang Fertigasi.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: