Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Pintar Nadi Dalam Program Perjumpaan Dengan Key Communicators
28 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Ahad, 27 Julai 2025, NADI Bengoh telah menerima jemputan untuk menyampaikan Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI sempena program perjumpaan bersama Key Communicators (KC). Program ini telah berlangsung dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Program dimulakan dengan kehadiran seramai 34 orang ahli Biro Wanita Puncak Borneo. Puan Carolina Anak Sakok selaku pegawai dan Ketua Biro Wanita telah membuka program dengan memberikan penerangan berkaitan misi Key Communicators kepada para ahli. Selaras dengan Hasrat Malaysia MADANI 2025, misi Key Communicators adalah untuk menyebarkan maklumat terkini kepada komuniti Puncak Borneo serta memastikan kesahihan maklumat yang diterima, agar penyebaran maklumat palsu dapat dielakkan.
Sesi seterusnya diteruskan dengan Taklimat mengenai Pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI, bermula dengan pengenalan kepada NADI. Ramai dalam kalangan komuniti Puncak Borneo masih belum mengetahui tentang kewujudan NADI. Oleh itu, carta evolusi penubuhan NADI telah dikongsikan, bermula daripada penjenamaan asalnya sebagai USP Communications Centre (UCC) pada tahun 2007, sehinggalah penjenamaan semula sebagai NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional).
Turut dijelaskan adalah objektif Perkhidmatan Pintar NADI serta kumpulan sasarannya, bertujuan menarik minat peserta terhadap pelbagai inisiatif yang ditawarkan. Antara contoh yang diketengahkan ialah program Keusahawanan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti kelas Mahir.
Diharapkan melalui sesi ini, para peserta memperoleh ilmu dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri serta kesejahteraan komuniti pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: