KELAS NADI X MAHIR - PERTANIAN PINTAR MINGGU 4
27 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 26 Ogos 2025, seorang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 3:00 petang sehingga 4:30 petang.
Kelas minggu keempat ini memberi pengenalan mengenai kawalan racun serangga dan pembiakan serangga perosak yang boleh menganggu tanaman. Turut dikongsikan adalah mengenai pertumbuhan kulat dan simpton masalah pada tanaman serta cara untuk mencegah.
Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.
Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: