Nadi E-Sukan: Kelas Kesedaran Julai 2025
27 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 26 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti Kelas Kesedaran E-Sukan yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang peserta dari golongan orang dewasa. Kelas dikategorikan kepada dua kelas iaitu teras 1 dan teras 2 yang berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi.
Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu memberi pendedahan awal kepada remaja tentang industri e-sukan yang semakin berkembang pesat pada masa kini. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi kerjaya dalam bidang e-sukan bukan hanya sebagai pemain tetap tetapi juga dalam aspek teknikal, pengurusan dan media.
Dalam sesi taklimat ini juga, para peserta turut diberi pendedahan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu berkaitan e-sukan seperti:
• Ketagihan permainan
• Pengurusan masa dan kesihatan mental &
• Etika dan tingkah laku dalam komuniti dalam talian.
Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: