Dilea: Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi Ke-3
27 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 26 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti Webinar Berkala Bahasa Melayu Edisi Ke-3 yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada komuniti sekitar NADI. Webinar itu berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang. Edisi kali ini membincangkan mengenai Kertas 3 iaitu Mudahnya Menulis Karangan dan dibimbing oleh seorang cikgu yang berpengalaman iaitu Cikgu Mohd. Norazizi Bin Samsudin).
Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu membantu para peserta dalam menulis karangan yang menarik dan turut memberi beberapa tips dan idea untuk para pelajar menambah baik penulisan dan menarik minat penyemak ujian.
Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: