Nadi X Tiny Techies – Bengkel Unboxing Kit Tiny-Techies (Sekolah Rendah)

27 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 26 Julai 2025 yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Bengkel Unboxing Kit Tiny-Techies yang dijalankan secara dalam talian dan disertai oleh seorang peserta dalam lingkungan umur 7 tahun sehingga 12 tahun. Bengkel itu berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Kami petugas NADI amat menggalakkan penglibatan peserta dari komuniti setempat untuk menyertai program seperti ini kerana ianya dapat membantu memperkenalkan konsep asas robotic kepada kanak-kanak dalam suasana yang menyeronokan dan interaktif. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan minat dan rasa ingin tahu terhadap bidang Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti praktikal seperti ini.

Dalam sesi taklimat ini juga, para peserta turut didedahkan kepada komponen asas kit robotik seperti sensor, motor dan papan litar. Mentor yang terlibat juga turut membimbing peserta untuk membina dan menguji robotik menggunakan Tint Techies Kit secara langkah demi langkah.

Kami berharap agar apa yang para peserta pelajari semasa taklimat ini berlansung dapat dijadikan teladan dan contoh di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali