Kelas Nadi X Mahir - Pertanian Pintar Dan Mahir Masak Minggu 1

24 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 23 Julai 2025, NADI Mahir telah memulakan kelas minggu pertama bagi pengambilan kedua tahun 2025. Seramai dua orang peserta dari NADI Bengoh telah mengambil bahagian dalam kelas Mahir Pertanian Pintar dan Mahir Masak yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit, bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi.

Kelas minggu pertama ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bidang yang telah dipilih oleh para peserta. Selain itu, turut diperkenalkan ialah Sistem MTS yang akan digunakan oleh peserta untuk merekod kehadiran, menonton rakaman sesi pembelajaran, serta mencatat nota.

Sesi pembelajaran telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Para peserta digalakkan untuk hadir ke premis NADI bagi memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara percuma.

Adalah diharapkan agar para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu yang dapat dimanfaatkan untuk pembangunan diri dan kesejahteraan masa hadapan. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali