BENGKEL MAHIR TINY-TECHIES (SEKOLAH RENDAH): MICRO-BIT
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 02 Ogos yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Bengkel Mahir Tiny-Techies untuk pelajar sekolah rendah yang dijalankan secara atas talian. Kelas tersebut berlansung selama satu jam iaitu dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi dan disertai oleh seorang wakil murid dari SK Taba Sait.
Tujuan bengkel tersebut dijalankan adalah untuk:
1. Memupuk Minat Terhadap STEM
o Meningkatkan minat murid terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
2. Memperkenalkan Asas Pengaturcaraan
o Memberi pendedahan awal kepada konsep pengaturcaraan secara visual menggunakan platform seperti MakeCode, tanpa perlu menulis kod yang rumit.
3. Menggalakkan Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah
o Melatih murid untuk berfikir secara logik dan menyelesaikan masalah melalui projek-projek yang memerlukan mereka mencipta, menguji dan membaiki program mereka.
4. Membangunkan Kemahiran Abad ke-21
o Menggalakkan kerjasama, komunikasi, kreativiti dan inovasi melalui aktiviti berkumpulan dan pembinaan projek.
5. Mendedahkan kepada Teknologi Dunia Sebenar
o Memberi kefahaman bagaimana teknologi digunakan dalam kehidupan seharian seperti sensor, pemasa, dan automasi.
6. Mewujudkan Pembelajaran Berasaskan Projek
o Menerapkan pendekatan ‘hands-on learning’ di mana murid belajar melalui eksperimen dan pembinaan alat atau permainan menggunakan Micro:bit.
7. Mengukuhkan Keyakinan Diri
o Memberi peluang kepada murid untuk berjaya dalam bidang baru, meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap kebolehan mereka dalam teknologi.
Kami berharap agar apa yang dipelajari oleh pelajar di dalam sesi kali ini dapat memberi manfaat dan tunjuk ajar kepada mereka pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: