DILEA: WEBINAR BERKALA SEJARAH EDISI KE-2
3 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 02 Ogos yang lalu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah menyertai Program DiLea iaitu Webinar Berkala Subjek Sejarah yang dijalankan secara atas talian. Kelas tersebut berlansung selama dua jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang dan disertai oleh seorang wakil murid dari SMK Siburan. Kelas tersebut dibimbing oleh Cg. Rafi.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
· Latihan Berasaskan Soalan SPM Sebenar & Ramalan
• Dapat akses kepada soalan-soalan yang pernah keluar dalam SPM serta latih tubi tumpuan.
• Disediakan contoh jawapan berkualiti tinggi (A+) untuk dijadikan panduan.
· Interaktif & Boleh Bertanya Secara Terus
• Sesi live webinar membolehkan pelajar bertanya dan berinteraksi dengan guru secara terus.
• Lebih mudah faham berbanding belajar secara pasif atau membaca sendiri.
Kami berharap agar apa yang pelajar tersebut pelajari pada hari ini dapat dijadikan tunjuk ajar dan pengetahuan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan lain pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: