Program Hasrat MADANI bersama NADI, PAWE dan JKOM
17 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2025 (Sabtu), NADI Bengoh telah menyertai Program Hasrat MADANI yang dianjurkan oleh JKOM kawasan Puncak Borneo dengan kerjasama PAWE, melibatkan pelbagai aktiviti khusus untuk warga emas tempatan. Program ini turut disokong oleh Persatuan Wanita Puncak Borneo, pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, serta NADI Bra’ang Bayur. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Willie anak Mongin, Ahli Parlimen P198 Puncak Borneo.
Objektif utama Program Hasrat MADANI adalah untuk menyampaikan taklimat mengenai misi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Puncak Borneo, di samping memperkenalkan kemudahan yang disediakan kepada masyarakat setempat. Selain itu, pegawai daripada JKM Sarawak turut memberikan penerangan mengenai Kenyalang Gold Card (KGC) yang merangkumi peranan, objektif, serta prosedur permohonan bagi rakyat Sarawak yang layak. KGC merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu golongan warga emas. Turut dikongsikan juga maklumat mengenai Senior Citizen Skim Health Benefit (SCHB), iaitu skim kesihatan khusus untuk warga emas mendapatkan rawatan perubatan.
Program diteruskan dengan sesi taklimat mengenai NADI serta lima pillar utama yang ditawarkan. NADI juga berperanan membimbing komuniti, khususnya warga emas, dalam membuat permohonan Kenyalang Gold Card dan bantuan kerajaan lain yang berkaitan.
Bagi memeriahkan suasana, pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan seperti senam aerobik, pertandingan mewarna, dart, dan lain-lain yang mendapat sambutan daripada para peserta.
Sokongan padu daripada komuniti setempat amat penting bagi menjayakan program ini serta memperkenalkan kemudahan PAWE kepada semua warga tempatan. Adalah diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: