WEBINAR Kesejahteraan Kendiri - Pembedahan Bariatrik: Jalan Pintas Atau Harapan Baru Untuk Obesiti? | W097
12 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2025, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang diadakan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Program ini turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Live: Studio Sihat dan Facebook Live: NADI Malaysia.
Webinar kali ini membincangkan tentang masalah berat badan naik tak turun-turun walau dah cuba diet, senaman & supplement? Mungkin dah sampai masa kita faham satu lagi pilihan — pembedahan bariatrik! Tapi, adakah ia betul-betul selamat, atau sekadar jalan pintas?
Dalam sesi ini, Prof. Dato' Dr. Haron Bin Ahmad, seorang Consultant Surgeon (General, Hepatopancreatobiliary, Laparoscopic & Bariatric Surgery) dari Damansara Specialist Hospital akan memberikan perjelasan lebih lanjut tentang rawatan bariatric. Atau sekadar nak faham — mitos vs realiti pembedahan ini. Turut dikongsikan adalah risiko dan kaunseling mengenai kesihatan pesakit sebelum pembedahan Bariatrik diteruskan.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberikan ilmu pengetahuan baharu serta meningkatkan kesedaran peserta mengenai obesity dan cara yang lebih sihat untuk menurunkan berat badan. Semoga manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan untuk kesejahteraan diri dan keluarga pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: