Kelas NADI X Mahir Masak

23 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad, 22 December 2024, peserta NADI Bengoh telah menghadiri kelas masak di bawah program NADI x MAHIR. Kelas di atas talian tersebut telah berlangsung selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang.

Kelas tersebut adalah pengenalan tentang bahan-bahan bagi pembuatan minuman mocktail yang akan dijadikan sebagai latihan amali pertama kelas memasak ini.

Objektif utama program mahir ini adalah untuk menarik minat masyarakat menjadi ahli NADI dan sekaligus memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran yang disediakan oleh NADI. Dalam usaha kerajaan untuk menyokong dan membantu komuniti setempat terutamanya generasi muda dan usahawan tempatan.

Melalui kursus dan kemahiran ini, kami berharap peserta akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali