Mahir Masak – Minggu Pertama

16 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 15 Disember 2024, 2 orang peserta MAHIR Masak dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengikuti kelas minggu pertama yang dijalankan atas talian. Kelas tersebut dijalankan selama satu jam iaitu dari pukul 2:30 petang sehingga 3:30 petang.

Di dalam kelas tersebut, para pelajar diberi pengenalan tentang kursus Mahir Masak yang akan mula dijalankan pada kelas berikutnya. Selain itu, para pelajar juga turut diberi pendedahan awal tentang penggunaan laman web Mahir dimana laman web tersebut akan diguna pakai untuk tujuan mendapatkan link google meet dan juga untuk menanda kehadiran setiap kali kelas berlansung.

Kami berharap agar segala tunjuk ajar dan pengajaran yang dikongsi bersama dengan pelajar dapat dijadikan teladan dan tunjuk ajar di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali