Taklimat Perlaksanaan Program Perkhidmatan Pintar NADI & NADI X Awareness
13 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2024 bersamaan dengan hari Khamis yang lalu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Kuching & Serian telah berkolaborasi bersama untuk menjayakan program Taklimat Perlaksanaan Program Perkhidmatan Pintar NADI sekaligus mengadakan ceramah kesedaran Safe & Shield. Program ini melibatkan penglibatan 3 buah NADI dari Kluster Kuching dan 1 NADI dari Kluster Serian iaitu NADI Bengoh, NADI Kg. Braang Bayur, NADI Kg Darul Belimbing dan NADI Batu Gong.
Taklimat dan ceramah kesedaran ini dijalankan selama 2 jam iaitu dari pukul 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Seramai 158 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 yang terlibat dalam sesi ini dan diiringi dengan seorang guru pengiring. Para pelajar turut didedahkan dengan maksud kod internet S.A.F.E agar para pelajar dapat memahami dan lebih jelas tentang tujuan ceramah kesedaran yang diadakan.
Selain itu, setelah selesai taklimat dan ceramah, para pelajar juga dialu-alukan untuk melakukan saringan kesihatan secara percuma seperti yang dinyatakan dalam taklimat sebagai salah salah kemudahan yang diadakan secara percuma dalam program perkhidmatan pintar NADI iaitu NADI- WellBeing. Kami juga menggalakan para pelajar untuk mendaftar sebagai ahli NADI secara percuma agar mereka dapat mengikuti segala program yang dijalankan oleh NADI secara percuma.
Kami berharap agar segala tunjuk ajar dan bimbingan yang kami berikan kepada para pelajar dapat dijadikan teladan dan pengajaran di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: