Kelas Soft Skills – Menjawab Kuiz
11 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Selasa, 10 Disember 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas Soft skills iaitu menjawab kuiz. Seramai 5 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 10-11 tahun telah mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:00 petang.
Para peserta diberi kuiz teka-teki iaitu mencari perkataan tersembunyi di dalam bahasa English sempena dengan bulan Disember. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menguji daya kreativiti dan kecerdasan mereka dalam mencari perkataan tersembunyi.
Turut dikongsikan adalah SAFE & SHIELD, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media dalam kalangan kanak-kanak semakin banyak. Pelbagai permasalahan melibatkan teknologi maya ini boleh terjadi dan antaranya adalah siber buli. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: